Ok rasanya masih tak terlambat nk mengucapkan salam ramadhan kepada semua umat muslimin dan muslimat....
Semoga ramadhan ini membawa keberkatan dan keinsafan ke dalam diri kita. Cheh dah mcm ustazah Bahiyah lak daku...hiks!
Bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berlumbalah sesama kite mencari pahala puasa.
Perkara-perkara yang harus dilakukan ketika bulan ramadhan, untuk tambah pahala:
1. Terawikh (buat the whole month, dpt pahala berlipat ganda, jgn seminggu sebelom raya jek org kt surau tinggal berapa saf jek...)
2. Bykkan mengaji dan berzikir.
3. Bykkan mendengar ayat-ayat suci Al-quran (bukan dgr lagu rock2 ker cintan ker yer)
4. Bersedekah
5. Berbuka dgn cara bersederhana, jgn tamak dan membazir.
Moral: kutip pahala anda dgn cara2 di atas..
Perkara-perkara yang perlu dielakkan ketike berpuasa: (from my view)
1. Mengumpat. Janganlah dok kata kt org lebih2 ok. Sila bertasbih dan berzikir ke atas-Nya.
2. Perempuan yg period, sila hormat org yg berpuasa, tak perlu kot makan or minum kat public
okeh!
3. Jangan membazir. Kalau beli kt bazar tu, sila jgn rambang mata yer, beli yg mana patut, cukup sekadar 1 makanan berat dan air, atau kuih...(utk bujang mcm sayer) :)
4. Elakkan perkara2 makruh ketika berpuasa.
5. Riak.
Moral of the story: Tiada gunanya puasa anda jika melakukan perkara di atas. Selamat berpuasa!
till now,
Love, Nana
0 comments:
Post a Comment