Monday, August 25, 2008

Saturday yg beshhhh! 23 August 2008...

Last saturday, aku and bf going to MAHA2008 at Serdang. Best tul tempat tu, besar n padat dgn orang-orang yg dtg dari jauh pon ader. Pagi tu dalam kul 11 bf aku amik kat umah so kitorang dari mutiara damansara terus g serdang ikut mrr2 elak traffic jam tp kena gak. Hahaha..Aku singgah kat petronas Kepong beli air kacip fatimah Power Root bukan pe untuk elak penat coz actually last saturday before this aku g gak MAHA ni, mmg penat so minggu ni aku pam caffein tak la penat sgt nanti. Hmmm mmg tak penat pun. Aku tiba kat serdang dalam kul 1+pm la. Punye la ramai, bf aku parking kat luar, jauh giler so kitorang menapak panas-panas buta tu. Bf aku bawak payung dia so kitorang guna payung tu berdua. Minggu lepas kitorang g yg main exhibiton hall. Tak sempat naik tram visit ladang-ladang tu yg kitorang decide untuk g lagi sekali last saturday.

Salah naik tram...
Yang ni paling lawak, dh tibe kat situ tgk ramai org naik tram for free kitorang pun queue panjang naik la tram yg mcm tractor tu dgn bersemangatnya n kitorang ingat tram tu terus bawak g ladang-ladang yg kitorang nak g tuh rupa-rupanya dia terus bawak g main hall. Tram tu sebenarnya bawak org dari tempat parking terus g main hall. Chehhh baik kitorang jalan je bukan jauh sgt pun, Ni tak mcm apa dok queue panjang semata2 nak tunggu tram yg bawak org dr parking. Tram yg bawak g ladang tu kena bayar RM1 for the whole day then kitorang pun queue up, pjg gak utk menaiki tram tu..Maka kitorang pun naik dgn bahagianya. Ngaaaa..

First destination was Ladang Ternakan..
Inilah first destination kitorang. kat sini diorang ada kambing, lembu, kerbau mcm-mcm la. best gak tapi yg aku tak tahan bau dia tu. Mak aiii aku tahan jer. Bf aku leh lak usik2 kambing tuh. Mcm paham jer bahasa kambing. Huhuhu. Ngekngekngek. Kitorang pun jalan-jalan area situ n hari dah mendung menandakan hujan nak turun. So dah jalan-jalan tunggu tram lagi satu untuk bawak kitorang g another destination. Kali ni bf aku cakap dia nak g aquaculture so just naik tram n tunggu sampai dia pusing kat aquaculture.

Hujan turun dgn lebatnya...
Nasib baik kitorang sempat naik tram, naik je terus ujan turun selebat-lebatnya tapi aku still basah sket sebab tram tu takde tingkap cuma dia pakai canvas untuk tutup. Kitorang pun duduk la dalam tram tu sampai 2 pusingan kitorang still tak turun lagi semata-mata nak g yg aquaculture. Duduk je dalam tram sampailah tiba kat aquaculture. Dah tiba kat aquaculture hujan pun dh tak lebat cuma renyai-renyai. Cuaca sejuk buatkan kitorang nak g toilet. Pastu terus kitorang g kolam ternakan ikan-ikan air tawar, learn how they do the kolam, budget, and so on bukan pe saje carik info ttg benda2 ni. Tp dukacitanya ternakan dalam air ni tak banyak, sikit jer pameran dia. Emm kitorang terus g ke rumah2 negeri ada rumah Johor, Penang, Sabah, Melaka, mcm2 laa. Masa kat situ ujan turun lagi selebat-lebatnya. Bukak payung n kitorang lari la..This is a sweet moment of me. First time kitorang berhujan. Best sgt masa ni. Sib baik aku pakai sandal n seluar half cut selamber jer redah lopak2 air hujan. Tapi aku agak basah sket la kena tempias hujan lebat. Terus g lepak kat rumah Sabah (tak yah naik flight kitorang dh sampai Sabah..hehehe) Masa ni aku dah rasa sejuk, sweater tak bawak lak.. Kitorang berteduh kat rumah Sabah sampai la hujan berhenti.

Pewot dah nyanyi lagu keroncong..
Masa ni kitorang dh lapar, hujan lagi so decide to go foodcourt at main hall D, kat situ macam2 makanan ada semuanya from different country. So, we decide to eat Kacang Pol from Johor(chaiyokk johor!!). It was so nice, eat with roti,egg and the kacang pol. It was so nice and before that bf aku g beli dragonfruit ice blended. Waaa dia ni sejuk2 pun ank minum ice blended. Aku xminum, mintak sket dia punya. Hehehe. So lepak jap, orang mmg ramai tak hingat.

Hari dah nak senja...
Kitorang nak balik dah, tapi otw balik tu, singgah jap kat AgroBazaar diorang yg jual mcm2 benda kat situ, aku beli Dragonfruit RM1 sebiji. Murahkan? Hehehe. Then kitorang pun kuar dari hall n singgah jap kat tempat kat luar yg ada jual2 gak. Kat situ bf aku terjumpa satu benda n dia agak berminat dgn benda tu n aku pun terpaksa tunggu dia dapatkan info untuk benda tu. Ada dalam setengah jam gak la aku tunggu dia. Uwaaa...

Kitorang g kat tempat parking, hari dah malam tak sedar dah pukul 8pm. Kaki aku dah mula lenguh nak g tempat parking kereta, jauh tul. So, kitorang pun jalan slowly n akhirnya sampai gak kat keta. Yeyyyyy! leganya dapat duduk dalam kereta. So kitorang pun menuju ke kl untuk makan malam.

Restoran 'romantic' Ahmad Fadhil & Junaina..
Aaa kitorang decide nak mam kat restoran 'romantic' kitorang. Sentimental value restoran ni pada kitorang. Kat gombak. Kitorang panggil 'kedai abe'. Aku n bf order nasi goreng cina n telur dadar. Disebabkan aku kesejukan aku minum air suam jer. Badan aku dah mula sejuk, sweater tak bawak. Malam tu mmg sejuk giler. Dgn angin lagi, lepas makan aku berpeluk tubuh n aku ajak bf aku balik sebelum tu aku tapawkan untuk housemate aku, kak ina coz dia msg aku belikan makanan untuk dia mlm tu. Hari dh 11pm. Aku makin sejuk so bf aku terus anta balik rumah.

Malam yg sejukkk..
Disebabkan kena hujan siang tu, aku terus mandi walau kesejukan. Air paip pun dh mcm ice dalam fridge. Lepas mandi aku tak on kipas langsung and aku rasa badan aku agak penat and aku menggiggil. At last aku kena lelah malam tu coz terdedah sejuk lama sgt. Sib baik dah stand by inhaler. Bf aku rasa bersalah lak pasal biarkan aku terdedah sejuk lama sgt and aku its ok coz this is our sweet moment. Aku rasa best sgt hari sabtu tu walaupun aku kena lelah hari tu tp this is our sweet moment. Best sgt. Tapi we forgot something laa. Lupa nak amik gambar. Apa daaa so excited with the place but its ok we want to make our next sweet memory and never forget to snap some pics. Insya Allah. Akhirnya aku pun tertido kerana kepenatan.

Thank you my dear.

0 comments: